Cari @ Amanz

Pihak Huawei Malaysia terus hadir dengan beberapa teaser baru, dimana selepas memperlihatkan akan membawa masuk Ascend P7 dan juga MediaPad X1 sebelum ini, hari ini mereka memperlihatkan Huawei Talkband turut akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula bulan hadapan.

Huawei Talkband

Huawei Talkband merupakan peranti boleh-pakai daripada pihak Huawei, dimana ia boleh digunakan sebagai gelang-tangan, ataupun turut digunakan sebagai earpiece. Dari segi fungsi, Talkband ini hadir dengna sokongan tracker kecergasan, membolehkan pengguna melihat beberapa notifikasi, serta beberapa fungsi tambahan lain.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Huawei dilihat akan menawarkan pelbagai produk baru mereka bermula 10 Jun ini, dan sekiranya anda ingin mendapatkannya, mungkin boleh menandakan kalendar anda untuk tarikh 10 Jun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd