YouTube Ingin Membolehkan Penerbit Kandungan Mengumpulkan Dana Terus Pada Platform Mereka

YouTube Ingin Membolehkan Penerbit Kandungan Mengumpulkan Dana Terus Pada Platform Mereka

Diterbitkan pada Mei 24, 2014 oleh .

YouTube sebagai laman video terkemuka dunia, mempunyai ribuan penerbit kandungan yang mana pada platform mereka, dan semestinya mereka ingin menjana wang tambahan melalui kandungan yang diterbitkan di laman video tersebut.

Daripada sebuah video baru yang diterbitkan pihak YouTube, ia dilihat mereka ingin membawa fungsi mengumpulkan dana terus ke platform mereka tidak lama lagi, sekaligus memudahkan para peminat memberikan sumbangan untuk mereka. Buat masa ini, kebanyakkan penerbit kandungan terpaksa bergantung kepada platform lain seperti KickStarter, IndieGogo dan sebagainya untuk mengumpulkan dana, dan semestinya pengenalan fungsi tersebut di YouTube akan membawakan perubahan drastik kepada kaedah dana dikumpulkan.

Disamping itu, pihak YouTube turut mengatakan akan menawarkan sebuah aplikasi mudah-alih untuk memudahkan pengurusan video, disamping beberapa fungsi lain seperti memudahkan menambah sari-kata dan sebagainya.

Apa pun, satu perkara yang tidak dikongsikan pihak YouTube adalah bilakah fungsi-fungsi ini akan diperkenalkan pada perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN