Carian
LG Hadir Dengan Tiga Video Promosi Ringkas Untuk LG G3
May 24, 2014 Aman

LG bakal melancarkan telefon pintar terbaru daripada mereka, LG G3 pada minggu hadapan – 27 Mei. Kini, selain sebuah video teaser ringkas sebelumnya, pihak LG turut memberikan beberapa idea awal berkenaan fungsi pada peranti berkenaan dengan menerbitkan tiga video promosi baru.

http://www.youtube.com/watch?v=gGR34U76QiU

http://www.youtube.com/watch?v=Dsv6tpand0Y

http://www.youtube.com/watch?v=aYLM_YFoD1g

Video promosi baru ini dilihat memfokuskan kepada kamera, skrin dan juga rekaan peranti berkenaan. LG G3 dijangka akan menyertakan kamera 13-megapixel dengan sebuah sistem auto-fokus yang baru berasaskan laser.

Disamping itu, ia turut dijangka akan menyertakan skrin 5.5-inci dengan paparan QHD, dan membawakan rekaan serta binaan yang menarik.

Seperti biasa, ketiga-tiga video ini memberikan gambaran kasar sahaja, dan tidak memperlihatkan sebarang perkara dengan jelas.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai ketiga-tiga fungsi ini ketika acara pelancaran mereka yang dijadualkan pada minggu hadapan kelak.

Komen