Tiii.me Memudahkan Anda Membuat Kiraan Kasar Untuk Menonton Sesuatu Siri-TV Dan Anime

Tiii.me Memudahkan Anda Membuat Kiraan Kasar Untuk Menonton Sesuatu Siri-TV Dan Anime

Diterbitkan pada Mei 26, 2014 oleh .

Siri televisyen dan anime mempunyai jangka masa tontonan yang agak panjang jikalau dibandingkan dengan sesebuah filem. Disebabkan ini, mungkin ada sesetengah pengguna ingin mengetahui masa yang diambil untuk menonton siri televisyen berkenaan sebelum memulakannya.

Tiii.me

Dalam memudahkan proses tersebut, salah satu perkhidmatan web yang menawarkan sokongan mengira waktu dan masa yang diambil secara kasar adalah Tiii.me.

Menggunakan Tiii.me, pengguna hanya perlu memasukkan nama sesuatu siri televisyen berkenaan, dan mengetahui masa yang akan diambil untuk menghabiskan keseluruhan siri televisyen berkenaan.

Daripada ujian ringkas kami, perkhidmatan ini turut menyokong siri televisyen dari Jepun, termasuk anime, selain daripada siri televisyen dari Amerika Syarikat. Tiada sokongan untuk siri televisyen tempatan buat masa ini.

Pada masa yang sama, untuk pembangun, anda juga boleh melihat kod yang digunakan pada Tiii.me ini di Github.

Layari : Tiii.me


TIPS & ULASAN