Cari @ Amanz

Pada bulan Jun 2014 ini, selain daripada acara WWDC dan juga Google I/O yang dinantikan, satu lagi acara yang turut menjadi fokus utama dalam arena teknologi adalah Computex yang akan berlangsung di Taiwan. Beberapa produk baru dijangka akan diperlihatkan, termasuk beberapa produk baru daripada pihak Asus.

Bersempena dengannya, terkini pihak Asus telah menerbitkan video teaser pertama mereka untuk Computex 2014, dimana memperlihatkan mereka akan hadir dengan sebuah peranti yang membawakan sokongan input berasaskan pena padanya.

Pada video yang sama juga, pihak Asus dilihat menekankan perkataan “nipis”, memberikan idea mereka akan hadir dengan suatu peranti yang nipis, berkemungkinan tablet atau komputer riba. Asus dijangka memfokuskan kepada tablet dengan sistem operasi Android dan antaramuka ZenUI, selain peranti dua-dalam-satu berasaskan Windows 8.

Asus bakal mengadakan acara pengumuman mereka pada 2 Jun kelak, dan berkemungkinan mereka turut akan hadir dengan beberapa video teaser lain dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd