Kemaskini HTC Sense 6.0 Diperkenalkan Untuk Pengguna HTC One 2013
HTC

Kemaskini HTC Sense 6.0 Diperkenalkan Untuk Pengguna HTC One 2013

Diterbitkan pada Mei 26, 2014 oleh .

HTC Sense 6.0 M7Bagi para pengguna HTC One 2013 ataupun turut dikenali dengan nama HTC One M7, bermula hari ini pihak HTC Malaysia dilihat telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi untuk peranti berkenaan, yang mana membawakan sokongan HTC Sense 6.0 bersama-sama dengannya.

Selain daripada perubahan pada antaramuka, kemaskini ini juga turut menyertakan penambah-baikkan kepada BlinkFeed, pengurusan tenaga yang lebih baik, kemaskini kepada aplikasi muzik, dan beberapa perkara yang lain.

Daripada apa yang dilihat, kemaskini ini bersaiz sekitar 666MB, dan mungkin pengguna perlu menghubungkan peranti ke rangkaian WiFi untuk mengelakkan terlebih guna data telekomunikasi.

Untuk menyemak kemaskini pada peranti anda, anda hanya perlu ke halaman Settings > About > Software Updates, dan menyemaknya melalui halaman tersebut.


TIPS & ULASAN