Apple Dikatakan Bakal Memperlihatkan Platform Rumah Pintar Pada WWDC

Apple Dikatakan Bakal Memperlihatkan Platform Rumah Pintar Pada WWDC

Diterbitkan pada Mei 26, 2014 oleh .

Dengan acara WWDC yang bakal diadakan pada minggu hadapan, semestinya ramai peminat teknologi menantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Apple. Selain daripada Mac OS X dan iOS versi baru, terkini ia dikatakan pihak Apple mungkin turut memperlihatkan platform rumah pintar mereka pada WWDC 2014 ini.

Daripada laporan awal, ia dikatakan platform ini akan membolehkan peranti iOS seperti iPhone, dan iPad digunakan untuk mengawal beberapa peralatan didalam rumah – sebagai contoh seperti lampu, penghawa dingin dan sebagainya.

Ia dikatakan platform ini akan berfungsi dengan beberapa perkakasan daripada pihak ketiga, yang mana bakal hadir dengan beberapa peralatan yang direkabentuk khusus untuk platform ini.

Beberapa bulan sebelum ini, pihak Apple sedia memperlihatkan platform iOS yang dioptimasikan untuk penggunaan dalam kenderaan, dan ia merupakan sesuatu perkara biasa untuk memperluaskan penggunaannya dan memudahkan lagi pengguna platform iOS dalam mengawal lebih banyak perkara menggunakan peranti mereka.

Apple bakal mengadakan acara WWDC 2014 bermula 2 Jun, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN