Samsung Mula Menawarkan Galaxy S5 Dalam Warna Biru Dan Emas Di Malaysia

Samsung Mula Menawarkan Galaxy S5 Dalam Warna Biru Dan Emas Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 27, 2014 oleh .

Selang lebih sebulan selepas memperkenalkan Galaxy S5 ditawarkan di Malaysia, kini pihak Samsung Malaysia turut telah menambah warna tawaran peranti berkenaan, dimana kini ia turut hadir dalam pilihan warna biru dan juga emas.

Galaxy S5 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, dimana hadir dengan beberapa kemaskini baru – termasuk sokongan pengimbas cap jari, kamera 16-megapixel, sensor untuk menyemak denyutan jantung, dan beberapa sokongan baru yang lain.

Dengan penambahan dua warna baru ini, kini sebanyak empat variasi warna ditawarkan untuk Galaxy S5, iaitu dalam pilihan putih, hitam, emas dan juga biru. Galaxy S5 dijual pada harga RM2399, dan turut ditawarkan melalui beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.


TIPS & ULASAN