Carian
Spotify Digodam – Mengalakkan Pengguna Android Mengemaskini Aplikasi
May 27, 2014 Aman

Spotify hari ini melalui blog rasmi mereka berkongsi beberapa perkara berkaitan sekuriti. Ini disebabkan pihak mereka mendapati terdapat kebocoran dan akses yang tidak dikehendaki oleh pihak ketiga pada perkhidmatan tersebut.

Daripada kajian yang dilakukan pihak Spotify, buat masa ini ia hanya melibatka satu akaun pengguna sahaja, dan mereka mengatakan telah menghubungi individu tersebut untuk langkah lanjut berkaitan dengannya.

Apa pun, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Spotify mengatakan mereka akan meminta sesetengah pengguna untuk log masuk kembali ke Spotify dalam beberapa hari akan datang.

Disamping itu, untuk pengguna Android, pihak Spotify mengalakkan anda untuk mengemaskini aplikasi Spotify untuk Android – yang mana akan turut meminta anda untuk memuat-turun kembali playlist anda ke peranti untuk dimainkan secara offline.

Komen