LG G3 Diperkenalkan Secara Rasmi – Paparan QuadHD, Kamera Dengan Laser AF

LG G3 Diperkenalkan Secara Rasmi – Paparan QuadHD, Kamera Dengan Laser AF

Diterbitkan pada Mei 28, 2014 oleh .

Setelah pelbagai ketirisan sebelum ini, pihak LG hari ini secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai LG G3.

Pelancaran LG G3

Pelancaran LG G3

LG G3 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci yang mana menyertakan paparan Quad HD (2560×1440 pixel) – sekaligus membawakan paparan 2K pada peranti mudah-alih, sama seperti Oppo sebelum ini.

Disamping itu, peranti ini turut dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 801 2.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB dan dilengkapi Android 4.4 KitKat. Bateri berkapasiti 3000mAh turut disertakan, selain peranti ini dilengkapi sokongan kad-SD. Pihak LG turut dilihat akan hadir dengan variasi 3GB RAM dan 32GB untuk peranti ini.

LG G3

LG G3

Untuk tujuan rakaman, pihak LG menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dimana hadir dengan sokongan OIS, dan juga auto-fokus berasaskan laser. Menggunakannya, pihak LG mengatakan pengguna boleh merakamkan gambar yang lebih tajam dengan pantas berbanding pelbagai kamera telefon yang lain. LG turut memfokuskan kepada trend selfie yang popular akhir-akhir ini dengan menyertakan kamera hadapan 2.1-megapixel.

LG turut menekankan kepada rekaan peranti ini, dimana ia masih mengekalkan rekaan seumpama peranti sebelum ini dimana butang diletakkan pada bahagian belakang. Disamping itu ia menggunaakn rekaan rangka yang lebih kemas dan cantik berbanding sebelumnya – termasuk menyertakan sokongan kalis-calar padanya.

Selain rekaan peranti, pihak LG turut memberikan kemaskini kepada antaramuka sistem operasi mereka, dan turut menyertakan beberapa ciri-ciri pintar pada peranti ini. Salah satu yang menarik perhatian adalah Smart Notice. Menggunakannya, ia memaparkan beberapa notifikasi kepada pengguna, bergantung kepada cara penggunaan dan juga lokasi seseorang pengguna – seperti memberikan notifikasi untuk membawa payung ketika hujan.

LG Smart Notice

LG Smart Notice

LG Smart Notice

LG Smart Notice

Seperti biasa, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak LG akan memasarkan telefon pintar ini di pasaran Malaysia ataupun tidak. Sehingga kini, beberapa peranti LG masih tidak memasuki pasaran tempatan, termasuk LG G2, LG G2 Pro dan G Flex sebelum ini.

Pelancaran LG G3

Pelancaran LG G3

Pelancaran LG G3


TIPS & ULASAN