Skype Translator – Sokongan Terjemahan Masa-Nyata Di Skype Akan Diperkenalkan

Skype Translator – Sokongan Terjemahan Masa-Nyata Di Skype Akan Diperkenalkan

Diterbitkan pada Mei 28, 2014 oleh .

Kadang-kala kekangan bahasa membuatkan kita sukar untuk berhubung antara satu sama lain. Untuk mengatasinya, terdapat beberapa perkhidmatan terjemahan, dan kini Microsoft dilihat akan mengintegrasikan sokongan tersebut ke Skype tidak lama lagi.

Skype Translator - Recode

Dinamakan sebagai Skype Translator, ia membolehkan terjemahan masa-nyata dilakukan, dimana pengguna boleh bersembang seperti biasa, dan terjemahan melalui penggunaan teknologi Microsoft Translator hadir beberapa ketika selepasnya. Melalui demonstrasi yang diperlihatkan, Microsoft menunjukkan terjemahan daripada Bahasa Inggeris ke Jerman.

Skype Translator dijangka akan diperkenalkan dalam bentuk beta untuk Windows 8 menjelang penghujung tahun ini sebelum ia diperluaskan ke platform lain selepasnya.


TIPS & ULASAN