Telegram Messenger Beta Hadir Ke Windows Phone

Telegram Messenger Beta Hadir Ke Windows Phone

Diterbitkan pada Mei 28, 2014 oleh .

Telegram MessengerPada minggu lepas, kita sedia melihat aplikasi Ngram Beta bertukar nama penerbitnya kepada Telegram Messenger LLP, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi yang mana aplikasi permesejan rasmi daripada Telegram bakal hadir.

Kini, selang beberapa hari selepasnya, pihak Telegram dilihat telah menjenamakannya semula kepada Telegram Messenger Beta, sekaligus membawakan beberapa perubahan termasuk penggunaan logo baru.

Dengan pengenalan ini, kita mungkin akan dapat melihat sokongan terus daripada pihak Telegram, sekaligus membolehkan pengguna Windows Phone menikmati pelbagai fungsi dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Disamping itu, memandangkan aplikasi WhatsApp telah ditarik kembali daripada Windows Phone Store, mungkin ini sekaligus akan memberikan impak positif kepada penggunaan Telegram dari hari ke hari dikalangan pengguna Windows Phone.

Muat-Turun Telegram Messenger Beta untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN