Apple Mengambil-Alih Beats Music Dan Beats Electronics Pada Nilai RM9.67 Bilion

Apple Mengambil-Alih Beats Music Dan Beats Electronics Pada Nilai RM9.67 Bilion

Diterbitkan pada Mei 29, 2014 oleh .

BeatsSeperti dikatakan sebelum ini, hari ini pihak Apple secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih Beats Music dan juga Beats Electronics pada harga berjumlah $3 bilion (~RM9.67 bilion).

Beats sedia terkenal dikalangan ramai pengguna dengan produk-produk memfokuskan audio daripada mereka, termasuk dari segi headphone, dan juga speaker.

Apple mengatakan akan mengambil-alih Beats pada harga $2.6 bilion dalam bentuk tunai, dan $400 juta dalam bentuk saham. Apple dan Beats dilihat akan bekerjasama dengan rapat dalam memberikan pengalaman menarik berkaitan muzik untuk para pengguna. Selain itu, jenama Beats akan kekal berasingan daripada Apple, selain mana Apple akan menawarkan produk dan perkhidmatan Beats. Ia turut diketahui yang mana kerjasama Beats dan juga HP bakal tamat pada penghujung tahun ini.

Apple menyasarkan pengambil-alihan ini akan selesai sepenuhnya menjelang tahun fiskal ke-4.


TIPS & ULASAN