Cari @ Amanz

Nokia XL, satu lagi peranti berasaskan Android selain daripada Nokia X kini telah mula ditawarkan di Malaysia, dimana ia dijual pada harga RM599. Agak mengejutkan kerana peranti ini berharga lebih mahal daripada Lumia 630 yang telah diperkenalkan baru-baru ini.

Nokia XL

Nokia XL menyertakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 768MB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.

Untuk penggunaan Android, pihak Nokia telah mengubah-suainya dengan banyak, dimana ia tidak menyertakan Google Play Services. Sebaliknya ia digantikan dengan beberapa perkhidmatan Nokia dan Microsoft, seperti HERE Maps, Nokia Store, Outlook, Skype dan lain-lain.

Nokia turut menyertakan antaramuka Fastlane pada peranti ini untuk memudahkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi yang telah dibuka mereka menggunakannya.

Apa pun, bagi kami, dengan harga RM599, ia agak mahal dan mungkin sukar untuk menarik minat pengguna, memandangkan terdapat pelbagai peranti daripada syarikat seperti Huawei, Lenovo dan sebagainya yang menawarkan peranti mereka pada harga lebih rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd