Cari @ Amanz

MyTeksi yang telah memperkenalkan tempahan teksi premium GrabCar pada beberapa minggu lepas, telah mengumumkan hari ini yang mereka memperoleh suntikan dana pelaburan yang lebih tinggi (Series-B) bernilai USD $15 Juta (~RM 48 Juta) dari GGV Capital. Turut serta dalam pelaburan ini adalah dari Qunar dan Vertex Venture Holdings.

GGV Capital merupakan syarikat yang melabur dalam startup ternama seperti Alibaba Group, Square, Flipboard, Soundcloud dan YY. Qunar pula terkenal dengan platform carian berkaitan pelancongan di China. Dengan suntikan dana ini juga jelas menunjukkan kepercayaan pelabur luar terhadap startup tempatan.

Sehingga kini, MyTeksi (turut dikenal sebagai GrabTaxi) telah meluaskan perkhidmatannya dari Malaysia ke Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam dan mempunyai lebih dari 200,000 teksi berdaftar serta dikatakan seramai 250,000 pengguna di 15 bandaraya menggunakan khidmat MyTeksi setiap bulan. Dengan suntikan dana ini, MyTeksi akan melaksanakan pelbagai perancangan untuk rangkaian operasi Asia Tenggara termasuklah menambah program kesetiaan dikalangan pemandu teksi secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd