Cari @ Amanz

Microsoft sedia dikatakan sedang membangunkan jam tangan pintar mereka tersendiri, dan kini beberapa info tambahan mengenai peranti yang masih dalam pembangunan tersebut dikongsikan pihak Forbes.

Pada masa kini, terdapat beberapa jam tangan pintar, sebagai contoh daripada Samsung, Sony dan sebagainya. Sesetengah daripadanya dilihat hanya khusus kepada beberapa platform sahaja dan tidak terbuka kepada yang lain.

Bill Gates

Berbeza pula daripada Microsoft, ia dikatakan akan serasi untuk dihubungkan dengan peranti pintar Android dan iOS, selain semestinya platform daripada Microsoft sendiri.

Ia turut dikatakan yang mana jam tangan pintar ini akan dilengkapi dengan sokongan sensor degupan jantung, yang mana akan memantau data sepanjang hari untuknya. Jam tangan pintar ini dijangka akan diperkenalkan Microsoft dalam beberapa bulan lagi.

Bercakap mengenai masa bertahan bateri pula, ia dikatakan mampu bertahan selama dua hari lamanya, lebih kurang sama seperti beberapa jam tangan pintar lain di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd