Cari @ Amanz

Sunrise merupakan salah satu aplikasi memfokuskan kepada sokongan kalendar yang menerima maklumbalas positif daripada pengguna iOS. Kini, selain hanya aplikasi iOS sahaja, pembangunnya turut memperluaskan ia kepada pengguan Android.

Sunrise menawarkan antaramuka aplikasi yang kemas dan mudah digunakan. Selain sokongan integrasi Google Calendar, ia juga turut menyertakan sokongan integrasi iCloud padanya.

Sunrise Android

Disamping itu, pengguna turut boleh menghubungkan beberapa perkhidmatan lain pada aplikasi ini, termasuk Facebook, dan juga LinkedIn.

Selain aplikasi Android, pihak pembangun Sunrise juga turut menawarkan perkhidmatan mereka melalui aplikasi Chrome dan juga laman web rasmi mereka.

Jadi, bagi anda yang inginkan sesuatu aplikasi kalendar yang menarik, mungkin boleh mencubanya hari ini pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd