Samsung Galaxy S5 Active Mula Ditawarkan Di Amerika Syarikat

Samsung Galaxy S5 Active Mula Ditawarkan Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mei 30, 2014 oleh .

Nampaknya, pihak Samsung secara diam-diam telah memperkenalkan telefon pintar tahan lasak mereka, Galaxy S5 Active dan mula menawarkannya untuk pasaran Amerika Syarikat buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah peranti yang sama akan ditawarkan ke pasaran global.

Galaxy S5 Active

Galaxy S5 Active dilihat membawakan rekaan binaan badan yang lebih tebal berbanding versi biasa, disamping menyertakan butang menu fizikal.

Galaxy S5 Active dilihat mengekalkan spesifikasi yang sama seperti versi Galaxy S5 asal, dimana menggunakan kamera 16-megapixel, menyertakan sokongan sensor degupan jantung dan beberapa perkara lain. Ia dilihat seperti tidak mempunyai pengimbas cap jari pada peranti ini.

Sebagai penambahan, pihak Samsung turut menyertakan sokongan binaan tahan lasak, disamping turut hadir dengan sokongan kalis air.

Di Amerika Syarikat, telefon pintar ini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi At&T.


TIPS & ULASAN