Cari @ Amanz

Kakao Talk merupakan salah satu aplikasi permesejan daripada Korea, yang mana membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, selain turut membuat panggilan menggunakannya.

Kakao Talk

Terkini, ia dilihat mereka memperluaskan tawaran aplikasi mereka, dengan memperkenalkan klien untuk pengguna Mac. Pengenalan ini adalah selari dan lanjutan daripada pengenalan versi Windows sebelum ini.

Menggunakannya, pengguna boleh sync aktiviti permesejan mereka antara peranti mudah-alih dan juga Mac, selain turut menghantar dan menerima mesej, fail dan sebagainya menggunakan klien tersebut.

Bagi para pengguna Mac OS X, dan juga aktif menggunakan Kakao Talk, mungkin boleh memuat-turun klien Mac ini secara percuma daripada Mac App Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd