Cari @ Amanz

Bagi mereka yang meminati permainan berbentuk tembak-menembak, kini Electronic Arts menawarkan permainan Battlefield 3 secara percuma untuk para pengguna PC. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mengakses Origin, dan menambah permainan tersebut ke akaun anda.

Tawaran ini adalah tawaran terhad dibawah promosi “On The House” daripada Origin. Melaluinya, sering kali pihak Origin menawarkan beberapa permainan penuh secara percuma untuk tempoh yang terhad.

Bagi anda yang gemar dan aktif memainkan permainan video pada komputer, mungkin anda boleh mendapatkan permainan Battlefield 3 ini secara percuma hari ini. EA menawarkan permainan ini secara percuma sehingga 3 Jun ini.

Selain daripada BattleField 3, pihak EA turut menawarkan Plants vs Zombies secara percuma untuk PC dan juga Mac.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd