Sokongan “File Manager” Untuk Windows Phone Sedia Dimuat-Turun

Sokongan “File Manager” Untuk Windows Phone Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 31, 2014 oleh .

Files IconUra-ura sokongan pengurus fail akan hadir ke Windows Phone sudah lama kedengaran dan akhirnya kini pihak Microsoft telah memperkenalkan sokongan ini secara rasmi melalui aplikasi Files.

Sebelum ini, sokongan pengurus fail untuk Windows Phone telah diperlihatkan melalui laman Ask Me Anything (AMA) di Reddit dan dikatakan ia akan hadir pada bulan Jun ini. Namun pihak Microsoft telah memperkenalkannya dengan lebih awal dan sedia dimuat-turun bermula hari ini oleh semua pengguna.

Menggunakannya, Files membenarkan anda mengurus fail pada storan telefon atau kad-SD, membuat folder, dan membuat carian fail terus melalui aplikasi. Selain itu, ia turut sama membolehkan anda membuat salinan, menamakan semula atau mengalih fail selain hadir dengan fungsi “mark” untuk kemudahan perkongsian padanya.

FIles Windows Phone

Aplikasi Files boleh dimuat-turun melalui halaman Windows Phone Store dan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Windows Phone 8.1.

Muat-turun: Files untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN