Twitter Menggunakan Muka-Taip Baru Pada Web Mereka – Menggantikan “Helvetica Neue” Kepada “Gotham”

Twitter Menggunakan Muka-Taip Baru Pada Web Mereka – Menggantikan “Helvetica Neue” Kepada “Gotham”

Diterbitkan pada Mei 31, 2014 oleh .

Twitter hari ini telah memperkenalkan kemaskini kecil pada web mereka, dimana kini mereka menggantikan rupa bentuk set aksara mereka daripada “Helvetica Neue” sebelum ini kepada rupa bentuk baru, “Gotham”.

Twitter.com Fon Baru

Perkara ini dilihat menerima reaksi berbeza-beza daripada para pengguna, dimana ada yang menyukainya, dan ada juga sebaliknya.

Selain daripada pengenalan rupa bentuk set aksara yang baru, mereka juga turut dilihat telah mengaktifkan rekabentuk profil baru Twitter kepada semua pengguna, walaupun mereka yang tidak mengaktifkannya sebelum ini.

Jadi, bagi anda, apakah pandangan anda terhadap perubahan ini? Adakah anda menyukai muka-taip baru yang digunakan di Twitter.com ini?


TIPS & ULASAN