Kain Rentang iOS 8 Dan OS X Baru Dilihat Di Lokasi WWDC 2014

Kain Rentang iOS 8 Dan OS X Baru Dilihat Di Lokasi WWDC 2014

Diterbitkan pada Mei 31, 2014 oleh .

Apple bakal mengadakan acara tahunan mereka, WWDC 2014 pada awal minggu hadapan, dan seperti biasa, sebagai persediaan, mereka telah mula memasang kain rentang di lokasi utama acara berkenaan.

Kain Rentang WWDC 2014

Menariknya, daripada beberapa kain rentang yang dipasang, ia dilihat pihak Apple dalam persediaan untuk berkongsi beberapa perkara berkaitan platform operasi mudah-alih iOS 8 mereka, dan juga sistem operasi generasi baru OS X.

Buat masa ini, mengikut desas-desus awal, iOS 8 dilihat akan menyertakan beberapa aplikasi baru daripada Apple, selain menambah baik kestabilan dan kelancaran operasinya. Beberapa aplikasi baru yang diperkatakan termasuk Healthbook, dan juga TextEdit.

Selain platform operasi mudah-alih, Apple turut dijangka akan berkongsi info mengenai sistem operasi OS X generasi baru. Ia tidak diketahui lagi akan dipanggil dengan nama OS X 10.10 ataupun mempunyai nama baru untuknya. Sistem operasi baru ini turut dijangka akan menyertakan antaramuka baru padanya kelak.

Selain kedua-duanya, kita mungkin turut akan dapat melihat beberapa perkara baru yang lain diumumkan Apple, termasuk perkongsian statisik semasa daripada syarikat mereka.


TIPS & ULASAN