Bersempena dengan Computex, pihak Acer telah mula memperkenalkan beberapa peranti baru daripada mereka, bermula dengan peranti boleh-pakai mereka yang pertama, dinamakan sebagai Liquid Leap.
Liquid Leap dipanggil sebagai “smartband” oleh Acer, dimana ia membawakan rekaan yang nipis, menyertakan skrin bersaiz 1-inci dengan sokongan sentuh. Liquid Leap ditujukan kerepa mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, dimana ia membolehkan pengguna melihat beberapa data, termasuk langkah perjalanan, jarak yang telah dilari, kalori yang dibakar, dan juga pemantauan ketika tidur.
Disamping itu, Liquid Leap turut dilengkapi sokongan notifikasi untuk melihat panggilan yang diterima, SMS dan beberapa yang lain. Info mengenai peranti yang disokong olehnya masih samar-samar buat masa ini. Acer mengatakan Liquid Leap ini mampu bertahan selama 7 hari atas kuasa bateri, dan hadir dengan sokongan kalis air IPX7.
Selain gelang tangan pintar, pihak Acer turut memperkenalkan telefon pintar baru mereka dinamakan sebagai Liquid Jade. Liquid Jade hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan fokus pantas, dan menggunakan Android 4.4 KitKat.
Kedua-dua peranti ini dijangka akan ditawarkan oleh pihak Acer bermula suku ketiga 2014 ini. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.