Selepas menjadi video pertama yang mencapai 1 bilion tontonan pada bulan Disember 2012 yang lepas, hari ini PSY sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri di platform YouTube apabila ia mencapai jumlah tontonan seluruh dunia sebanyak 2 bilion tontonan.
Video PSY “Gangnam Style” sebelum ini telah dimuat-naik pada 15 Julai 2012 yang lepas, dan menjadi antara video yang popular pada tahun 2012 – mencapai jumlah tontonan tertinggi dalam masa yang pantas.
Seperti sebelum ini, untuk meraikannya, pihak Google memaparkan sebuah ikon animasi khas bersebelahan dengan pengiraan jumlah tontonan untuk video berkenaan. Pengguna turut boleh klik pada ikon tersebut, dan ia akan memaparkan kiraan dalam masa-nyata pada bahagian atas halaman YouTube berkenaan.