Gambar Samsung Galaxy Tab S 10.5 Tertiris – Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Gambar Samsung Galaxy Tab S 10.5 Tertiris – Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada June 1, 2014 oleh .

Beberapa gambar rakaman tablet Galaxy Tab S telah tertiris sebelum ini, dan kini gambar produk untuk tablet yang sama hadir memperlihatkan rekabentuk tablet tersebut dengan lebih jelas.

Galaxy Tab S 10.5

Galaxy Tab S 10.5 dikatakan akan menjadi keluarga tablet versi premium daripada Samsung, yang mana menyertakan pelbagai fungsi-fungsi khusus seperti Galaxy S5 bersama-sama dengannya, termasuk salah satunya adalah pengimbas cap jari.

Bahagian belakang tablet tersebut turut membawakan rekaan yang menyerupai Galaxy S5, selain mana ia dikatakan akan menyertakan paparan 2560×1600 pixel, dan dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras Exynos.

Samsung menjadualkan acara khas mereka pada 12 Jun ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan tablet ini pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN