Cari @ Amanz

Linux Mint merupakan salah satu variasi distro Linux yang agak popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Terkini, pembangunnya telah memperkenalkan versi baru sistem operasi mereka, iaitu Linux Mint 17 yang turut dikenali dengan nama kod “Qiana”.

Linux Mint 17 “Qiana” membawakan sokongan jangka-masa panjang, dimana pihak pembangunnya mengatakan ia akan disokong dengan pelbagai kemaskini sehingga tahun 2019 kelak.

Linux Mint 17 Qiana

Seperti biasa, kedua-dua variasi – Cinnamon dan MATE hadir dengan pelbagai kemaskini baru, dan pihak Linux Mint turut memberikan perhatian kepada Update Manager – yang mana kini memaparkan lebih banyak informasi untuk pengguna.

Semua perisian dan aplikasi yang disertakan juga merupakan versi terkini yang stabil, selain beberapa kemaskini kecil hadir pada bahagian antaramuka sistem operasi berkenaan.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Linux Mint 17 hari ini secara percuma dan menggunakannya sebagai sistem operasi komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd