Cari @ Amanz

Selain daripada pengenalan Liquid Jade, pihak Acer turut menambah empat telefon pintar baru dibawah portfolio mereka bersempena Computex ini, dimana ia hadir menggunakan Android dan terdiri daripada peranti berspesifikasi tinggi sehingga spesifikasi asas.

Acer Liquid X1

Acer Liquid X1 menjadi fokus utama untuk peranti berspesifikasi tinggi daripada Acer. Ia juga turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE, yang mana membolehkan pengguna menikmati akses rangkaian yang pantas, selain turut dilengkapi beberapa fungsi asas Acer seperti Acer Zoom Fit untuk kawalan sebelah tangan, AcerRAPID dan juga AcerFLOAT.

Dari segi spesifikasi, Liquid X1 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.7-inci, cip pemprosesan lapan-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan turut dilengkapi dengan ruangan miko-SD.

Selain Liquid X1, pihak Acer turut hadir dengan Acer Liquid Z200 yang mana memfokuskan kepada mereka yang pertama kali menggunakan telefon pintar, ataupun kepada mereka yang inginkan telefon pintar pada harga bajet.

Acer Liquid Z200

Liquid Z200 menggunakan Android 4.4 KitKat, dan hadir dengan skrin 4-inci WVGA, serta membawakan sokongan dwi-SIM. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan DTS Studio Sound untuk audio yang baik, dan dilengkapi dengan kamera 2-megapixel untuk tujuan rakaman. Fungsi Acer Quick Mode turut hadir bersama-sama peranti ini untuk memudahkan pengguna baru untuk memahami penggunaannya dengan pantas.

Selain kedua-duanya, Acer turut hadir dengan dua telefon pintar bersaiz 5-inci dengan skrin IPS, iaitu Liquid E700 dan Liquid E600.

Acer Liquid E700

Acer Liquid E700 membawakan sokongan tiga-SIM, dan turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500mAh – yang mana menawarkan masa penggunaan yang lama berbanding kebanyakkan peranti lain. Peranti ini turut hadir dengan Android 4.4 KitKat, selain menggunakan cip pemprosesan empat-teras, dan ruangan storan 4GB yang turut hadir dengan sokongan mikro-SD.

Acer Liquid E600 pula turut hadir menggunakan skrin 5-inci IPS, dilengkapi sokongan rangkaian LTE, dan juga kamera belakang 8-megapixel.

Acer Liquid E600


Kesemua telefon pintar baru ini akan ditawarkan oleh Acer bermula suku ketiga 2014 ini, dan harganya akan ditentukan mengikut tawaran disesebuah negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd