Peter Sunde Dari Pirate Bay Dilaporkan Telah Ditahan

Peter Sunde Dari Pirate Bay Dilaporkan Telah Ditahan

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Pirate Bay merupakan salah satu laman web perkongsian popular, yang mana sering dikaitkan dengan pelanggaran hak cipta dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya.

Peter Sunde

Terkini, ia dikatakan Peter Sunde, salah seorang disebalik Pirate Bay telah ditahan di Sweden. Sebelum ini, beliau telah disenaraikan sebagai dikehendaki Interpol sejak daripada tahun 2012 yang lepas. Peter Sunde telah dijatuhkan hukuman selama lapan bulan, selain membayar denda untuk pelanggaran hak cipta.

Pirate Bay telah dimulakan pada tahun 2003 yang lepas, dimana ia pautan untuk memuat-turun pelbagai jenis fail termasuk muzik, filem, dan sebagainya. Peter Sunde telah menjadi salah jurucakap untuk perkhidmatan tersebut sejak ia diperkenalkan sejak tahun 2009 yang lepas.


TIPS & ULASAN