Cari @ Amanz

Jikalau Android pada telefon pintar, tablet dan televisyen tidak memadai, hari ini HP turut memperkenalkan sebuah komputer riba khusus yang menjalankan Android sepenuhnya, dinamakan sebagai HP SlateBook 14.

HP SlateBook 14

HP SlateBook 14 membawakan skrin bersaiz 14-inci pada resolusi penuh 1080p, menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4, memori 2GB RAM, dan turut dilengkapi dengan masa bertahan bateri selama 9.25-jam.

Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin sentuh, memudahkan pengguna mengendalikan beberapa perkara, selain mana turut menyertakan papan kekunci fizikal padanya. Ia mungkin memudahkan pengguna untuk menaip dengan pantas menggunakannya, selain membolehkan pengguna membuat beberapa tugasan ringkas menggunakan platform operasi Android.

Ia tidak diketahui bilakah komputer riba ini akan memasuki pasaran Malaysia. Untuk pasaran global, pihak HP menyasarkan bulan Ogos untuk mula menjualnya.

HP SlateBook 14

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd