Carian
Google Ingin Belanja Lebih $1 Bilion Untuk Menawarkan Akses Internet Melalui Satelit
June 2, 2014 Aman

Google LogoGoogle sedia mempunyai beberapa perancangan dalam menawarkan akses internet ke kawasan pedalaman, seperti menggunakan Project Loon dan sebagainya. Terkini, ia turut dikatakan gergasi internet berkenaan ingin membelanjakan sehingga antara $1 bilion ke $3 bilion untuk tujuan tersebut.

Melalui laporan WSJ, Google dikatakan sedang bersedia untuk membangunkan sebanyak lebih kurang 180 satelit bersaiz kecil dan juga berkapasiti tinggi, yang mana akan menawarkan akses internet di kawasan-kawasan pedalaman. Info penuh berkaitan bagaimanakah satelit berkenaan akan berfungsi dan sebagainya masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Usaha Google untuk membawa akses internet ke pengguna baru bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini mereka telah berkongsi idea mereka mengenai Project Loon, selain baru-baru ini telah mengambil-alih sebuah syarikat dron – Titan Aerospace. Ia dikatakan menggunakan satelit bersaiz kecil ini, ia akan menawarkan kapasiti yang lebih tinggi berbanding Project Loon, selain menawarkan kadar fleksibiliti yang lebih baik.

Selain Google, Facebook juga turut mempunyai perancangan yang sama. Seperti biasa, dengan menarik lebih ramai pengguna ke internet, ia akan memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan internet daripada mereka sekaligus memaparkan lebih banyak iklan untuk menjana wang melaluinya.

Seperti biasa, ia boleh dikatakan sebagai antara perancangan awal, dan perlu melalui pelbagai fasa – termasuk kebenaran pihak berkuasa – sebelum ia dapat direalisasikan sepenuhnya.

Komen