Samsung Dilaporkan Bekerjasama Dengan Oculus VR Untuk Peranti Realiti-Maya

Samsung Dilaporkan Bekerjasama Dengan Oculus VR Untuk Peranti Realiti-Maya

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Lanjutan daripada laporan mengatakan Samsung akan hadir dengan peranti berbentuk headset realiti-maya mereka tersendiri, kini ia dikatakan Samsung akan bekerjasama dengan pihak Oculus VR untuk menjayakannya.

Untuk makluman, Oculus VR telah diambil-alih oleh Facebook baru-baru ini. Melalui kerjasama ini, Samsung dikatakan akan menguruskan bahagian hardware, sementara pihak Oculus akan menguruskan bahagian perisian.

Pada masa yang sama, kaedah ia berfungsi juga akan sedikit berbeza. Ia dikatakan headset Samsung VR ini akan menggunakan skrin telefon pintar, dimana pengguna perlu menghubungkan ia kepada port di headset sebelum dapat menggunakannya. Ia kemudiannya akan menggunakan beberapa sensor pada headset dalam menawarkan beberapa fungsi, termasuk paparan mengikut gerakan kepala dan sebagainya.

Samsung Oculus VR

Untuk permulaan, Samsung dijangka akan lebih memfokuskan kepada penggunaan multimedia pada headset ini.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah pihak Samsung akan memperkenalkan ia kepada umum. Dengan persaingan sihat daripada beberapa syarikat lain – termasuk Sony – semestinya peranti daripada Samsung ini merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai peminat teknologi.


TIPS & ULASAN