Samsung Galaxy W Diperkenalkan – Telefon Pintar Bersaiz 7-inci Daripada Samsung

Samsung Galaxy W Diperkenalkan – Telefon Pintar Bersaiz 7-inci Daripada Samsung

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Sementara ramai yang mengatakan peranti seperti Galaxy Mega 6.3, Xperia Z Ultra membawakan skrin yang besar, namun ia tidak menghentikan pengeluar seperti Samsung untuk hadir dengan peranti pada saiz skrin lebih besar.

Samsung Galaxy W

Terkini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy W di Korea Selatan, yang mana merupakan sebuah telefon pintar pada saiz 7-inci. Ia dilihat tidak dikategorikan sebagai tablet, tetapi lebih kepada phablet, dan turut direka untuk digunakan menggunakan sebelah tangan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy W membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan resolusi 720p, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori sebanyak 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean, serta membawakan beberapa fungsi khusus Samsung seperti Multi-Windows, Pop-Up Play dan sebagainya.

Buat masa ini, perancangan Samsung untuk menawarkan peranti ini dipasaran global masih tidak diketahui lagi. Di Korea Selatan, ia dijual pada harga 499,400 won (~RM1574).


TIPS & ULASAN