Asus Memperkenalkan FonePad 8 Di Computex 2014

Asus Memperkenalkan FonePad 8 Di Computex 2014

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Bersempena dengan Computex 2014, hari ini pihak Asus telah memperkenalkan beberapa peranti baru, bermula dengan Asus FonePad 8, yang mana merupakan sebuah peranti pada saiz tablet dan hadir dengan sokongan membuat panggilan telefoni.

Asus FonePad 8

Asus FonePad 8

Asus FonePad 8 ini hadir dengan menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z3560 yang terkini, dan turut menawarkan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya. Untuk sokongan audio, pihak Asus menyertakan dwi-speaker hadapan dengan teknologi SonicMaster. Peranti ini hadir dengan resolusi 1280×800 pixel dan ditawarkan dalam variasi bersaiz 7-inci dan juga 8-inci.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut daripada pihak Asus Malaysia berkaitan dengannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN