Asus Transformer Book V Diperkenalkan – Gabungan Telefon Pintar, Tablet Dan Komputer Riba

Asus Transformer Book V Diperkenalkan – Gabungan Telefon Pintar, Tablet Dan Komputer Riba

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Selain beberapa produk yang diumumkan oleh Asus, menjadi tarikan ramai adalah Asus Transformer Book V yang mana membawakan gabungan telefon pintar, tablet dan komputer riba didalam satu peranti.

Peranti ini juga menjadi peranti pertama di dunia yang membawakan lima moda penggunaan, iaitu sebagai telefon pintar Android, tablet Android, tablet Windows, komputer riba Android dan juga komputer riba Windows.

Asus Transformer Book V

Sebagai telefon pintar, ia membawakan skrin bersaiz 5-inci dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Ia turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE, dan menggunakan cip pemprosesan Intel Atom untuk kuasa operasi.

Pengguna seterusnya boleh dock peranti berkenaan untuk digunakan sebagai tablet. Untuknya, ia membawakan skrin bersaiz 12.5-inci HD IPS, dan pengguna boleh ubah daripada sistem operasi Android kepada Windows dengan mudah. Ia turut dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 128GB untuk membolehkan pengguna menyimpan pelbagai dokumen dan fail berbentuk media didalamnya.

Dan akhir sekali, dalam mod komputer riba, pengguna boleh menghubungkan bahagian skrin kepada papan kekunci QWERTY yang turut hadir dengan touchpad tersendiri. Papan kekunci tersebut turut menyertakan sebuah butang khas untuk mengubah daripada sistem Windows 8.1 kepada Android 4.4 KitKat dengan mudah. Bahagian komputer riba ini turut menyertakan cip pemprosesan Intel Core dalam menawarkan kuasa pemprosesan tinggi, selain ruangan storan sebesar 1TB untuk simpanan dokumen dan fail.

Asus Transformer Book V

Asus Transformer Book V

Dengan membawa gabungan peranti tiga-dalam-satu ini, Asus dilihat melangkah setapak kehadapan lagi dalam hadir dengan gabungan peranti semua dalam satu.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan hadir ke pasaran Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.


TIPS & ULASAN