Paparan OS X 10.10 Yosemite Tertiris Ke Arena Web

Paparan OS X 10.10 Yosemite Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Sejak beberapa minggu yang lepas kita telah mendengar pelbagai perkara berkaitan dengan OS X 10.10 yang akan diumumkan dalam masa kurang 10 jam lagi. Sementara menantikannya, kini beberapa paparan OS X 10.10 yang akan diumumkan kelak telah tertiris ke arena web.

Melalui paparan yang didedahkan, OS X 10.10 ini dikatakan akan hadir dengan fungsi seakan Control Center selain membawakan perubahan pada Notification Center yang kini lebih selari dengan antaramuka iOS. Selain itu, fungsi Dock juga kini dilihat membawa latarbelakang mendatar namun tidak membawakan sebarang perubahan icon baru padanya.

OS X 1010

Pihak Apple juga turut dilihat menambah baik fungsi Spotlight yang kini didatangkan dengan sokongan Quick Look. Fungsi Safari pula membawakan sedikit perubahan antaramuka dengan sentuhan mendatar seperti mana Safari di iPad.

OS X 10102

Pengumuman lanjut mengenai OS X 10.10 bakal diumumkan secara rasmi bersama-sama iOS 8 di acara WWDC kelak dan semestinya ramai yang menantikan apakah perkara baru yang dibawa oleh pihak Apple. Di Malaysia, acara WWDC bakal berlangsung pada hari Selasa, 1 pagi ini.


TIPS & ULASAN