Mencuba Google Stars – Perkhidmatan Bookmarking Daripada Google

Mencuba Google Stars – Perkhidmatan Bookmarking Daripada Google

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Google sentiasa bereksperimen dengan pelbagai perkara baru, dan salah satu yang diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas adalah Google Stars. Terkini, pemalam Google Stars untuk Chrome tertiris ke arena web, sekaligus membolehkan pengguna untuk mencuba ia sebelum ia dilancarkan secara rasmi oleh Google.

Apakah Itu Google Stars?

Ketika artikel ini ditulis, pihak Google masih belum mengumumkan sebarang perkara berkaitan Google Stars. Daripada percubaan kami, Google Stars dilihat sebagai salah satu perkhidmatan bookmarking, dimana pengguna boleh menandakan sesuatu artikel ataupun laman web untuk disimpan bagi rujukan pada masa akan datang.

Google Stars

Sebaik sahaja pemalam dipasang pada pelayar web Chrome, ia mengubah butang bookmark biasa kepada sebuah ikon baru, dimana pengguna boleh klik padanya, dan ia akan menarik beberapa data seperti tajuk pada halaman berkenaan, dan juga gambar thumbnail untuk digunakan.

Google Stars

Ketika menambah sesuatu bookmark juga, pengguna boleh menambah nama folder, dan mengumpulkan sesuatu bookmark dalam satu kategori dengan mudah.

Seterusnya, untuk memperlihatkan pelbagai bookmark yang ditandakan pada Google Stars, pengguna boleh ke halaman khas yang disediakan oleh pemalam ini, dimana ia dipaparkan dengan kaedah yang amat menarik dan kemas sekali.

Google Stars

Setiap bookmark juga ditandakan dengan tarikh ia disimpan, memudahkan lagi proses anda untuk melihat koleksi laman web yang telah disimpan oleh anda menggunakan Google Stars.

Pengguna juga boleh menguruskan bookmark mereka, seperti memadam, menyunting ataupun mengalihkan ia ke folder lain terus pada halaman ini.

Google Stars

Google Stars

Daripada percubaan ringkas kami untuk Google Stars ini, ia dilihat Google cuba memberikan nafas baru selain membuatkan pengguna lagi aktif menggunakan perkhidmatan bookmark di pelayar web mereka. Mungkin juga pihak Google akan menawarkan aplikasi pada platform mudah-alih untuk membolehkan pengguna menyeragamkan dan mengakses kandungan yang disimpan pada pelbagai peranti dengan mudah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan Google Stars ini secara rasminya. Mengikut pelbagai spekulasi, Google dijangka akan memperkenalkan ia sekitar Google I/O 2014 yang dijadualkan pada penghujung Jun ini kelak.


TIPS & ULASAN