Sony Berkongsi Gambar Teaser Baru – Mungkinkah Kemaskini Untuk Xperia Z Ultra?

Sony Berkongsi Gambar Teaser Baru – Mungkinkah Kemaskini Untuk Xperia Z Ultra?

Diterbitkan pada June 2, 2014 oleh .

Sony hari ini telah berkongsi sebuah tweet melalui akaun rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana mereka akan hadir dengan sebuah peranti mudah-alih baru tidak lama lagi.

Info penuh berkaitan dengannya masih menjadi tanda tanya, tetapi ramai yang membuat spekulasi yang mana ia mungkin kemaskini keluarga phablet daripada Sony – Xperia Z2 Ultra.

Sony Xperia Teaser

Sebelum ini, pada tahun lepas pihak Sony telah memperkenalkan Xperia Z Ultra pada penghujung Jun 2013, dan sekiranya mengambil masa tempoh setahun, berkemungkinan besar teaser yang dikongsikan Sony ini merujuk kepada Xperia Z2 Ultra yang dinantikan peminat peranti phablet.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kemaskini seterusnya daripada Sony berkaitan peranti baru daripada mereka ini.


TIPS & ULASAN