Apple Memperluaskan Fungsi AirDrop – Membolehkan iOS Dan OS X Diintegrasi Dengan Lebih Mendalam

Apple Memperluaskan Fungsi AirDrop – Membolehkan iOS Dan OS X Diintegrasi Dengan Lebih Mendalam

Diterbitkan pada June 3, 2014 oleh .

Bersama-sama pengumuman OS X Yosemite, pihak Apple turut mengumumkan satu lagi fungsi baru pada sistem operasi berkenaan, iaitu integrasi yang lebih mendalam antara platform iOS dan juga OS X melalui penggunaan AirDrop.

Apple Continuity WWDC

AirDrop sebelum ini telah diperkenalkan ketika pengenalan iOS 7 sebelum ini yang membolehkan pengguna berkongsi fail seperti gambar dan video bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Untuk integrasi yang mendalam ini, pihak Apple membawakan beberapa perkara baru untuk pengguna OS X dan juga iOS. Salah satunya adalah “Handoff” dimana membolehkan anda menyambung tugasan yang dilakukan di Mac terus pada peranti iOS (seperti iPad) dalam bentuk masa-nyata.

Apple Continuity WWDC

Apple Continuity WWDC

Selain daripada melakukan tugasan, ia juga dilihat Apple membawakan fungsi untuk OS X mengenal-pasti peranti iOS berdekatan anda dan mengaktifkan hotspot melaluinya.

Fungsi ini juga membolehkan pengguna menghantar SMS, menerima panggilan telefon, dan beberapa perkara lain menggunakannya.

Memandangkan ia menggunakan OS X Yosemite untuk menjayakan fungsi ini, maka pengguna perlu menantikan sehingga versi akhir OS X Yosemite diperkenalkan untuk dapat menggunakannya.

Apple Continuity WWDC

Apple Continuity WWDC


TIPS & ULASAN