Siri Menerima Beberapa Kemaskini Baru – Termasuk Integrasi Shazam

Siri Menerima Beberapa Kemaskini Baru – Termasuk Integrasi Shazam

Diterbitkan pada June 3, 2014 oleh .

Siri, perkhidmatan bantuan-maya daripada Apple turut menerima sedikit kemaskini baru pada tahun ini. Salah satu yang menjadi fokus adalah integrasi Shazam – seperti mana yang dikatakan sebelum ini.

Siri - Shazam

Melalui integrasi Shazam, pengguna boleh membuat carian sesuatu lagu terus menggunakannya, dan seterusnya membuat pembelian menggunakan iTunes terus menggunakan Siri.

Disamping itu, pihak Apple turut menambah sokongan 22 bahasa baru pada Siri. Namun, apakah bahasa yang ditambah masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Mungkinkah bahasa Malaysia turut ditambah Apple, memandangkan ia merupakan antara bahasa utama di dunia.


TIPS & ULASAN