OS X Yosemite Developer Preview Dan iOS 8 Beta 1 Sedia Dimuat-Turun Oleh Pembangun

OS X Yosemite Developer Preview Dan iOS 8 Beta 1 Sedia Dimuat-Turun Oleh Pembangun

Diterbitkan pada June 3, 2014 oleh .

Tamat acara ucaptama WWDC, pihak Apple kini telah menawarkan OS X Yosemite Developer Preview dan juga iOS 8 Beta 1 kepada para pembangun untuk memuat-turun dan menggunakannya dalam pembangunan aplikasi mereka.

OS X -iOS - WWDC

OS X Yosemite merupakan sistem operasi generasi baru daripada Apple, yang mana membawakan pelbagai perubahan dari segi antaramuka, selain turut menyertakan beberapa fungsi baru padanya.

Selain OS X Yosemite, pihak Apple turut mengumumkan kemaskini kepada platform operasi mudah-alih iOS 8 yang menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Sekiranya anda merupakan pembangun, anda boleh memuat-turun OS X Yosemite Developer Preview hari ini yang mana bersaiz sekitar 5.1GB, dan juga turut mendapatkan iOS 8 Beta 1 yang bersaiz sekitar 1.96GB daripada laman pembangun Apple.

Untuk pengguna umum, Apple dijangka akan menawarkannya dalam beberapa bulan lagi – sekitar bulan Oktober kelak.

Layari : Apple Dev Center


TIPS & ULASAN