Cari @ Amanz

Apple HomeKit Ingin Memudahkan Kawalan Perkakasan Elektrik Melalui iPhone

Oleh Aman

Link Copied!

Selain kemaskini untuk iOS dan juga OS X, pihak Apple turut mengumumkan HomeKit SDK untuk para pengeluar perkakasan elektrik, sekaligus ingin memudahkan para pengguna mengawal beberapa peralatan elektrik menggunakan peranti iOS mereka.

Apple HomeKit

Untuk tujuan menjayakan Homekit ini, pihak Apple dilihat bekerjasama dengan beberapa pengeluar, termasuk Philips, Haier, dan sebagainya.

Buat masa ini, tiada sistem yang menyokong HomeKit, dan ia juga dilihat mungkin tidak akan serasi dengan beberapa peralatan dan perkakasan yang sedia terdapat dipasaran hari ini.

Apa pun, ia mungkin akan menjadi langkah awal untuk pihak Apple memperluaskan penggunaan platform mereka, sekaligus memudahkan pengguna mereka mengawal pelbagai perkara. Selain Apple, pihak Google juga turut menceburi perkara sama melalui [email protected], dan terdapat beberapa pengeluar seperti LG dan Samsung yang turut melihat kepada perkara sama.


Komen ()