Menu Start Pada Windows 8 Mungkin Ditangguhkan Ke 2015

Menu Start Pada Windows 8 Mungkin Ditangguhkan Ke 2015

Diterbitkan pada June 3, 2014 oleh .

Menu Start merupakan salah satu perkara yang diminta ramai pengguna untuk diperkenalkan semula pada Windows 8. Pihak Microsoft telah menjanjikannya, tetapi ia mungkin hanya akan hadir sekitar tahun hadapan.

Windows 8.1 Start Menu

Menurut ZDNet, Microsoft mungkin tidak akan membawakan menu Start ke Windows 8 melalui kemaskini Windows 8.1 Update 2 yang akan datang, sebaliknya pengguna perlu menantikan ia sehingga tahun 2015. Microsoft dilihat mungkin menyimpan fungsi tersebut untuk diperkenalkan bersama-sama versi Windows yang seterusnya – “Windows 9” yang mana dijangka hadir sekitar April 2015 kelak.

Sebelum ini, pada bulan April yang lepas, pihak Microsoft telah memperlihatkan secara ringkas sokongan menu Start pada Windows 8, dimana ia menyertakan akses kepada beberapa menu, disamping membolehkan pengguna menambah Tiles padanya.

Sokongan ini semestinya salah satu perkara yang diminati ramai pengguna desktop, memandangkan mereka agak jarang menggunakan Start Screen berbanding pengguna tablet dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang bakal dibawa oleh Microsoft bersama-sama Windows 8 Update 2 kelak.


TIPS & ULASAN