5000 Unit Mi Power Bank Habis Dijual Dalam Masa Kurang Dari 2 Minit

5000 Unit Mi Power Bank Habis Dijual Dalam Masa Kurang Dari 2 Minit

Diterbitkan pada June 3, 2014 oleh .

Pada hari ini Xiaomi telah memulakan penjualan Mi Power Bank fasa ketiga yang menyediakan 5,000 unit. Melalui perkongsian melalui laman Facebook rasmi mereka, Xiaomi mengatakan Mi Power Bank habis dijual dalam masa 1 minit dan 2 saat.

10426587_253736511497117_2287111554850912223_n

Mi Power Bank menjadi perhatian ramai pihak kerana menawarkan bateri pengecas dengan kuasa tersimpan sebanyak 10400mAh pada harga hanya RM36 dan penghantaran percuma diberikan sekiranya pembelian lebih dari satu unit. Ramai agak kecewa kerana setiap pembelian pula dihadkan kuantitinya kepada 2 unit sahaja.

Pada fasa pertama penjualan daripada Xiaomi ini telah dilakukan pada bulan Mei lepas, dimana ia telah dijual bersama-sama Xiaomi Mi 3 yang mana mengambil masa sehingga 17 minit untuk kali pertama, dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk fasa kedua.

Bagi mereka yang terlepas, dan ingin mencuba nasib mendapatkan bateri pengecas ini, bolehlah mencubanya 12 tengahari esok (4 Jun 2014) kerana kami difahamkan oleh Xiaomi, sebarang tempahan yang tidak dilengkapkan pembayarannya, akan dijual semula pada waktu tersebut. Namun perlu diingatkan kuantiti tersedia adalah terhad kepada unit yang tidak lengkap pembayarannya. Kami sendiri pernah mencubanya pada penjualan fasa pertama dan berjaya mendapatkan dua unit.

Jadi, adakah anda salah seorang pembeli yang berjaya melengkapkan transaksi dalam tempoh 1 minit, 2 saat pada hari ini?


TIPS & ULASAN