Sony Memperkenalkan Xperia T3 – Telefon 5.3-inci Paling Nipis Di Dunia

Sony Memperkenalkan Xperia T3 – Telefon 5.3-inci Paling Nipis Di Dunia

Diterbitkan pada June 3, 2014 oleh .

Selang sehari selepas teaser ringkas daripada pihak Sony, hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah nama keluarga Xperia, iaitu Sony Xperia T3.

Sony Xperia T3 dilihat sebagai peranti dalam keluarga pertengahan, dimana ia menggunakan skrin bersaiz 5.3-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 1.4GHz, memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan dengan menggunakan mikro-SD.

Sony Xperia T3

Disamping itu, untuk rakaman gambar, pihak Sony menyertakan kamera belakang 8-megapixel. Xperia T3 ini dilihat seperti tidak membawakan sebarang sokongan kalis air dan debu seperti beberapa peranti Sony sebelum ini.

Xperia T3 ini turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G, disamping pihak Sony melengkapkan ia dengan beberapa aplikasi khusus termasuk AR Effect pada bahagian kamera, Timeshift Burst, dan beberapa yang lain.

Sony mengatakan Xperia T3 ini yang menggunakan Android 4.4 KitKat akan hadir ke pasaran global bermula penghujung Julai 2014 ini.


TIPS & ULASAN