Instagram 6.0 Membawakan Sokongan Penyuntingan Tambahan

Instagram 6.0 Membawakan Sokongan Penyuntingan Tambahan

Diterbitkan pada June 4, 2014 oleh .

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang digunakan dengan meluas oleh pengguna untuk berkongsi gambar yang dirakamkan bersama-sama lain. Pelbagai jenis penuras disediakan dalam aplikasi berkenaan untuk memberikan kesan tambahan kepada gambar, dan hari ini pihak Instagram menawarkan beberapa penambahan baru untuk aplikasi tersebut.

Instagram 6.0

Untuk menjadikan gambar lebih menarik, kini pihak Instagram melalui kemaskini Instagram 6.0 menyertakan fungsi penyuntingan tambahan. Kini, selepas memilih sesuatu kesan penuras, pengguna boleh memilih ikon penyuntingan untuk mengawal kadar kecerahan gambar, dan beberapa perkara yang lain. Selain itu, pengguna juga boleh dwi-tap pada sesuatu penuras untuk mengakses dan mengawal kesan sesuatu efek ditambah pada gambar.

Menurut Instagram, perkara ini memberikan peluang kepada para pengguna mereka untuk terus kreatif dalam hadir dengan gambar-gambar yang menarik sebelum dikongsikan bersama yang lain.

Kemaskini ini diperkenalkan untuk pengguna iPhone dan Android hari ini. Sekiranya anda merupakan pengguna Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dan menggunakan fungsi baru yang dibawakan oleh Instagram ini.

Muat-Turun Instagram 6.0 Untuk iPhone

Muat-Turun Instagram untuk Android


TIPS & ULASAN