Google Memperkenalkan Chrome Versi 64-bit Untuk Windows

Google Memperkenalkan Chrome Versi 64-bit Untuk Windows

Diterbitkan pada June 4, 2014 oleh .

Google ChromeGoogle hari ini secara rasminya telah menambah penawaran pelayar web Chrome mereka dalam bentuk 64-bit untuk para pengguna Windows, sekaligus membawakan beberapa kelebihan untuk penggguna Windows 64-bit melaluinya.

Dengan pengenalan versi 64-bit untuk Chrome ini, ia sekaligus membolehkan pelayar web berkenaan mengambil beberapa kelebihan yang dibawakan oleh cip pemprosesan 64-bit. Antara perkara yang ditekankan oleh Google adalah termasuk dari segi kelajuan, kestabilan dan juga keselamatan menggunakannya.

Apa pun, buat masa ini, Chrome 64-bit hanya ditawarkan untuk pengguna Chrome Dev dan juga Chrome Canary sahaja. Google tidak memberikan sebarang latar masa berkenaan bilakah versi stabil untuknya akan diperkenalkan kepada semua.


TIPS & ULASAN