Cari @ Amanz

Pada hari ini Cradle Fund menerusi acara media telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Golden Gate Ventures dalam menyemarakkan lagi perkembangan industri startup. Perjanjian yang termeterai merupakan perjanjian berbentuk matching grant, dimana buat startup tempatan yang berjaya mendapatkan pelaburan dari Golden Gate Ventures, juga akan menerima nilai yang sama dari Cradle Fund.

Menerusi perjanjian ini juga, Cradle Fund juga tidak akan mengambil sebarang ekuiti dari startup yang dilabur akan tetapi Jeffrey Paine, Pengasas Bersama Golden Gate Ventures, menyatakan kebiasaannya mereka akan mengambil sehingga 15-20% ekuiti dalam startup yang menerima dana dari mereka dan bergantung kepada produk. Cradle Fund dan Golden Gate Ventures memperuntukkan RM2.5 Juta setahun untuk 5 startup yang terpilih.

goldengatevc-whiteGolden Gate Ventures merupakan salah satu syarikat penyedia modal awal yang berpangkalan di Singapura, dan mempunyai cawangan di Amerika Syarikat. Mereka juga mempunyai pelan untuk memasuki pasaran China serta Jepun. Penyertaan mereka dalam perjanjian ini turut memberikan peluang kepada syarikat yang dilaburkan untuk meluaskan produk ke pasaran global. Sehingga kini Golden Gate Ventures telah melabur dalam 18 syarikat dan salah satunya adalah AtticTV yang pernah diulas sebelum ini.

Sekiranya anda seorang penggiat startup yang ingin memperluaskan produk anda ke pasaran global, maka program hasil kerjasama ini boleh membantu anda dalam merealisasikan perancangan anda. Untuk memulakannya, anda perlulah mempunyai produk pada peringkat alpha atau beta, serta menghubungi melalui email umum mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd