Kemaskini Android 4.4.3 Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Peranti Nexus

Kemaskini Android 4.4.3 Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Peranti Nexus

Diterbitkan pada June 4, 2014 oleh .

Google bermula minggu ini telah mula menawarkan kemaskini kecil untuk para pengguna Android, iaitu Android 4.4.3. Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna peranti Nexus seluruh dunia buat masa ini.

Android 4.4.3 dilihat mengatasi beberapa masalah pepijat sebelum ini, disamping turut hadir dengan aplikasi Dialer baru untuk pengguna telefon pintar. Pihak Google juga dilihat memberikan perhatian kepada sokogan BLE (Bluetooth Low Energy), dan juga sokongan memainkan fail audio .FLAC.

Kemaskini Android 4.4.3 ini ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna Nexus 5, Nexus 7 dan juga Nexus 4. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda menerimanya. Sebagai alternatif, sekiranya ingin mendapatkan serta-merta, pengguna boleh memuat-turun fail sumber dan memasangnya sendiri pada peranti mereka.

Pada masa yang sama, pada penghujung bulan ini, Google dijangka akan mengumumkan kemaskini versi baru untuk Android pada acara tahunan Google I/O mereka.


TIPS & ULASAN