AMD Memperkenalkan Cip Pemprosesan Kaveri Untuk Komputer Riba

AMD Memperkenalkan Cip Pemprosesan Kaveri Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada June 4, 2014 oleh .

AMD pada awal tahun ini telah memperkenalkan cip pemprosesan APU generasi baru mereka, “Kaveri” secara rasminya, yang mana turut hadir dengan sokongan HSA. Cip yang ditawarkan hanya untuk desktop ketika itu, kini diperluaskan untuk peranti mudah-alih, seperti komputer riba dan sebagainya.

AMD Kaveri Mobile

AMD Kaveri Mobile

Pengenalan cip ini untuk peranti mudah-alih sekaligus membawakan fasa seterusnya untuk syarikat cip tersebut, selain mana membolehkan komputer riba dan pelbagai peranti mudah-alih lain untuk mempunyai kuasa pemprosesan tinggi terutamanya untuk permainan video dan juga beberapa jenis aplikasi grafik dan sebagainya.

Cip AMD ini akan menyertakan kuasa empat CPU dan juga lapan GPU dalam satu, sekaligus membawakan kuasa pemprosesan dan grafik yang baik. Disamping itu, cip ini juga merupakan yang terawal hadir dengan sokongan HSA, membolehkan GPU mengakses memori dan membuat tugasan tanpa perlu menantikan data daripada CPU terlebih dahulu.

AMD Kaveri Mobile

Komputer riba dan peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka akan hadir ke pasaran tidak lama lagi. Beberapa nama yang dikatakan akan hadir dengan peranti menggunakan Kaveri ini adalah termasuk daripada Acer, Samsung, Lenovo, Asus, Toshiba dan sebagainya.

AMD Kaveri Mobile

AMD Kaveri Mobile


TIPS & ULASAN